Monday, January 2, 2017
Pemantauan Awal Tahun BTPN Kelantan Ke PKG Jeli.
Pemantauan dilaksanakan oleh Pn. Azlina dan En. Hidayat pada sesi pagi bertarikh 1 Januari 2017.
Fokus pemantauan ialah pesediaan tahun 2017 merangkumi keceriaan PKG dan kesediaan bahan untuk melaksanakan SKT 2017.
Tuesday, February 16, 2016
Assalamualaikum,
Sukacita dimaklumkan kepada semua GPB di dalam kelompok PKG Jeli, mengisi maklumat yang berkaitan ict dengan menggunakan instrumen eData 2016. Berikut disediakan pautan instrumen untuk pengisian.
http://gg.gg/3z2yk
Perkara yang perlu diberi perhatian.
- Peralatan ict yang mempunyai Harta Modal dan iventori sahaja perlu di isi dalam intrumen yang disediakan.
- Sila pastikan lokasi peralatan ict ditempatkan berdasarkan lokasi di dalam Kad Harta Modal.
- Instrumen yang berkaitan dengan maklumat asas sekolah dan makmal perlu tepat berdasarkan rekod rasmi sekolah.
- Pihak sekolah diminta mengambil tindakan segera terhadap pengisian instrumen tersebut dan Pegawai Teknologi Pendidikan atau juruteknik PKG Jeli akan hadir ke sekolah untuk melaksanakan verifikasi setiap data peralatan ict yang di laporkan sebelum 29 Februari 2016.
- Sebarang kesulitan sila rujuk PTP PKG Jeli.
Sekian, terima kasih.
Sunday, January 10, 2016
Assalamualaikum,
Merujuk kepada surat Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan nombor rujukan KP(BTP-PENT)8801/2/22 jld.4(98), meminta sekolah membuat permohonan peruntukan untuk OS28000 penyelenggaraan kecil,OS32000 untuk penyelenggaraan besar dan OS35000 untuk perolehan aset (perabot). Diminta GPMS berbincang dengan pihak sekolah untuk membuat permohonan peruntukan tersebut.
Panduan skop kerja mengikut OS

Tindakan GPMS adalah untuk memuat turun semua borang tersebut dan membuat anggaran peruntukan bersama pentadbir sekolah berpandukan contoh yang ada, serta membuat pengesahan pada borang tersebut sebelum menghatar kepada PKG Jeli selewatnya 20 Januari 2016.
Sekian, terima kasih.
PTP PKG Jeli.
Link di bawah ini merangkumi contoh borang permohonan OS28000, OS32000 dan OS35000.
http://gg.gg/3xwpm
Thursday, October 15, 2015
BENGKEL SUNTINGAN AUDIO VIDEO
Dilaksanakan pada 6 hingga 8 Oktober 2015, bertempat di Bilik Bestari, PKG Jeli. Peserta terdiri daripada Guru GPB/GPIC dan Juru Teknik Sekolah Daerah Jeli. Bengkel
ini dirancang bagi membantu pihak sekolah dalam membina identiti sekolah
masing-masing supaya menonjol dari aspek fizikal dan keberadaan sekolah,
disamping dapat membantu sekolah menyediakan laporan dalam bentuk grafik, audio
dan video bagi melancarkan pengurusan dan perancangan serta meningkatkan
prestasi sekolah bertepatan dengan matlamat dan dasar yang ditetapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






